Friday, January 4, 2013

SIDANG MEDIA ISU ROHINGYA

4 Januari 2013- MAPIM dengan kerjasama PUM W/P telah menjemput sidang media ( TV AL-Hijrah) untuk memberi info terkini mengenai isu Rohingya yang semakin hari semakin ditindas seperti kurang pembelaan oleh negara-negara jiran yang lain. Turut serta dalam sidang media kali ini ialah Cikgu Azmi (Pengerusi TERAS) dan sukarelawan Rohingya yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Rohingya. Misi tersebut merupakan misi yang dijalankan untuk menghantar bantuan makanan,perubatan dan sebagainya. Menurut Cikgu Azmi, penindasan terhadap saudara kita di Rohingya semakin menjadi-jadi, banyak masjid di bakar dan dijadikan kandang anjing serta dikawal ketat oleh tentera Myanmar. Selain itu, pelarian Rohingya hanya dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti di kawasan kem sahaja seolah-olah kerajaan Myanmar sengaja memenjarakan mereka.













Tuesday, January 1, 2013

RESTORAN ASNAF 2013

1 JANUARI 2013- Restoran Asnaf merupakan salah satu projek dakwah yang dijalankan oleh pihak Jawi. Oleh itu, PUM W/P akan memanfaatkan tempat tersebut sebagai medium dakwah  kepada golongan gelandangan dari masa ke masa. 







KARNIVAL MAHABBABAH IKIM.FM 2012

31 Dis 2012 & 1 Jan 2013 - IKIM.FM telah berjaya menganjurkan Karnival Mahabbah bertempat di Masjid As-Syakirin KLCC. Oleh itu, PUM W/P telah bekerjasama dengan IKIM untuk menjayakan Karnival Mahabbah tersebut. Selain itu, karnival tersebut bertujuan untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat disamping menyambut kedatangan Tahun Baru 2013.Disamping itu, seramai 200 orang sukarelawan telah menyertai pelbagai program yang telah diatur oleh PUM W/P seperti Dakwah Lapangan dan sebagainya.