Saturday, December 22, 2012

BENGKEL SOLAT MUSIM CUTI SEKOLAH 2012

PUM W/P telah berjaya mengadakan Bengkel Solat yang telah berlangsung selama sebulan  mulai 22 November sehingga 22 Disember 2012 yang dikelolakan oleh Ustaz Rohidzir Rais,Penulis Buku Terkenal (Ensklopedia Solat). Selain itu, pada musim cuti sekolah ini sebanyak 5 buah masjid  telah bekerjasama untuk menjayakan bengkel tersebut dan seramai 1000 peserta telah menyertai bengkel solat tersebut. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar Bengkel Solat tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta supaya sentiasa mengambil berat terhadap kewajiban seorang muslim.







Monday, November 19, 2012

KEM MOTIVASI REMAJA 2012

Pada 16-18 November 2012- PUM W/P telah mengadakan Kem Moitvasi Remaja yang telah berlangsung di SRA. Darul Ulum,Taman Danau Desa Kuala Lumpur. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan fakir miskin telah mengikuti kem tersebut. Selain itu, kem tersebut bertujuan untuk menyuntik motivasi islamic kepada anak-anak ini supaya menjadi insan yang bertaqwa di masa hadapan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para peserta.


















Sunday, November 4, 2012

PROJEK MOSQUECARE (SIRI 1)

5 November 2012-Projek MosqueCARE (Siri 1) telah berjaya dilancarkan buat pertama kalinya. Program kali ini bermula di Surau An-Nur Penjara Pudu. Seramai 15 orang sukarelawan telah bertungkus lumus membersihkan kawasan Surau An-Nur. Selain itu,program kali ini merupakan program kerjasama diantara Persatuan Ulama' Malaysia Wilayah Persekutuan dan Briged Bakti Malaysia. Semoga projek mosquecare ini akan terus mendapat sambutan dari semasa ke semasa.



















Monday, October 15, 2012

PERASMIAN PEJABAT BARU PUM W/P

15 Oktober 2012- PUM W/P telah merasmikan pejabat baru yang dirasmikan oleh Us.Khairul Anwar Mustaffa. PUM W/P amatlah mengharapkan supaya pejabat tersebut dapat terus dihidupkan dari masa ke masa supaya pelbagai program Islam dapat dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan.




Saturday, August 4, 2012

PROGRAM BANTUAN GELANDANGAN MASJID NEGARA

4 OGOS 2012-Masjid Negara- PUM W/P telah menjadi sukarelawan untuk Program Bantuan Gelandangan di Masjid Negara. Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan fakir miskin atau mudahnya dikenali sebagai gelandangan. Seramai 70 orang gelandangan telah hadir untuk menerima bantuan tersebut.




Tuesday, July 10, 2012

BENGKEL MEMAHAMI GELANDANGAN

10 JULAI 2012- Skretariat Pelajar PUM W/P telah menganjurkan Bengkel Memahami Gelandangan dan Dakwah Kepada Non-Muslim. Tujuan bengkel sebegini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada Sukarelawan Muallaf Pbskn mengenai dakwah kepada golongan gelandangan dan non-muslim yang lebih realiti. Selain ini, bengkel ini juga telah disertai Kumpulan Mahasiswa UM dan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk turun padang berjumpa dengan non-muslim yang datang dari luar negara
.